Salam Pembuka Bicara

Selamat datang ke Blog Cikgu..
kepada cikgu-cikgu dan murid-murid, diharap blog ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pembelajaran matapelajaran sains.


Keep On Supporting My Blog!!! TQ

Friday, October 5, 2012

RANCANGAN PEMBELAJARAN TAHUN 5 (RPH UNIT 1.1)

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN BERTURUTAN
RPH UNIT 1.1
Matapelajaran             : Sains
Kelas                            : 5  Cerdas
Tarikh                          : 18.02.2012              
Masa                            :  9.45 – 10.45 pagi ( 60 minit )
Bilangan murid            : 40 orang
Tajuk                             :Keadaan Bahan

Objektif Pelajaran     : 1)Memahami bahan  wujud dalam  tiga keadaan iaitu pepejal,cecair 
 dan gas
 2) Mengelaskan objek kepada tiga keadaan bahan
 3)Menerangkan sifat-sifat  pepejal,cecair dan gas
                                      
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pengajaran  murid dapat :
Psikomotor
             i) Melakukan eksperimen untuk menunjukkan sifat-sifat bahan
Kognitif
             i)  Menerangkan sifat-sifat  pepejal, cecair dan gas           
Efektif
 i) Bekerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Kemahiran  Proses Sains:membuat pemerhatian ,berkomunikasi,membuat eksperimen
BBM                           :gula ,air, guli, silinder penyukat,neraca penimbang,bekas,bikar
Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah melarutkan bahan ke dalam air
Pendekatan             :Konstruktivisme
 Nilai-nilai               :Berani,rajin,bersyukur dan berdisiplin
Kemahiran             :Menjana  idea,menghubung kait,



Langkah


Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi

( 7 minit )



Perbezaan antara
·         gula
·         air mineral
*gula keras
*air mengalir
*gula manis
*air tawar

  1.Guru menyoal
    murid apakah
   perbezaan antara
   gula dan air?


Murid memberi jawapan mengikut pengalaman mereka



Strategi/Kaedah :
Berpusatkan  murid
ABM:
- Gula ,air mineral
-Kad imbasan
Nilai:
-Semangat
-Patuh
KBBK :
Menjana idea

   Langkah 1
( 10 minit)



Keadaan bahan
·         Pepejal
·         cecair
·         gas
*        



 1.Guru  
  menunjukkan
   gambar benda.
2.Menyuruh murid membuat pengelasan mengikut kefahaman masing-masing
3. Guru menjelaskan benda terebut boleh dikelaskan mengikut  keadaan  bahannya

1.Murid mengelas benda yang ditunjukkan oleh guru melalui slide




Strategi/Kaedah :
Berpusatkan  murid
dan guru
ABM.slide
 Nilai :
-Jujur
-Menghormati
KBKK :
-Menjana Idea

Langkah 2
    (20 minit)


   Sifat-sifat bahan
§  Pepejal
Ada jisim
Bentuk yang tetap
Ada isipadu
§  Cecair
Ada jisim
Ada isipadu
Mengikut bentuk bekas yang diisi
§  Gas
Ada jisim
Bentuk tidak tetap
Boleh dimampatkan


.
Guru membimbing murid membuat eksperimen bagi mengenalpasti sifat-sifat bahan
1. Menimbang
    guli-ada jisim
2.memasukkan guli ke dalam silinder penyukat –ada isipadu
3. Memasukkan  guli ke dalam bikar
-bentuk yang tetap.
4.Menimbang air- ada jisim
5.Menuang air ke dalam silinder penyukat-ada isipadu
6.Menuang air ke dalam bekas yang berbeza-mengikut bekas yang diisinya
7.meniup belon-gas memenuhi ruang
8.meniup 2 belon dan gantung  pada pembaris.
Cucuk dengan jarum pada salah satu belon-
Gas ada jisim
9.memicit picagari-gas boleh dimampatkan

a.   Murid menjalankan eksperimen berkumpulan dibawah pimpinan guru.


Strategi/Teknik :
Berpusatkan guru
dan guru
mengeksperimen
ABM:guli,air,belon,bikar.
Bekas,silinder penyukat dan neraca mampatan,picagari,be nang
Nilai:
 -Patuh pada arahan
-Menghargai masa
KBKK
-Kreatif
-Menjana Idea



Langkah 3
( 15 minit )



   Sifat-sifat bahan
§  Pepejal
-Ada jisim
       -Bentuk yang
        tetap
       -Ada isipadu
§  Cecair
  -Ada jisim
         -Ada isipadu
          -Mengikut
          bentuk
         bekas yang  
         diisi
§  Gas
   -Ada jisim
         -Bentuk tidak
          tetap
          -Boleh 
           dimampatkan

  

1.Guru mengedarkan lembaran  kerja kepada murid yang mengandungi 
Jadual pengelasan.
2.Guru menyenaraikan beberapa gambar.
3.Murid mengelas mengikut keadaan bahan.
4.Murid menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja.
Contoh soalan:
Apakah sifat batu?
Nyatakan sfat-sifat gas

1.Murid melengkapkan jadual pengelasan
2.Murid menyenaraikan sifat-sifat bahan mengikut kehendak soalan

Strategi/Kaedah :
Berpusatkan  murid
Nilai:
-Berani
-Yakin
KBKK :
-Menjana Idea
-Mengingat kembali

Penutup
( 5 minit )
Rumusan

Keadaan bahan
·         Pepejal
·         cecair
·         gas
Sifat-sifat pepejal,cecair dan gas.

1.Guru menyoal murid  untuk menguji pemahaman murid
Contoh soalan
1. Nyatakan sifat-sifat pepejal?
2.Beri beberapa contoh bahan pepejal?

1.Murid menjawab soalan guru.


 

No comments:

Post a Comment